Thursday, January 3, 2013

orang kata

orang kata , 

hati manusia kau mana boleh congak macam matematik 
ada yang kena tambah , tolak , bahagi , darab , kuasa dua 
tapi aturan nye bukan kita yang tentukan
kalau salah atur , nanti hasilnye dapat kosong 

orang kata , 

hidup manusia mane boleh kau pikir macam campuran bahan bahan sains dalam kelas kimia, 
campur campur siap.
kalau salah campur kan meletup ??

orang kata , 

kalau hidup kita dah macam dalam buku sejarah 
senang la orang nak tawu kita macam mane

orang kata , 

tapi kena lihat jugak siapa yang tukang tulis buku sejarah tu
sebab buku sejarah hanya menulis benda yang penulis mahukan

orang kata ,

belum tentu benar ape yang tercatit
kerana buku sejarah bukan diari 

orang kata , 

si pencatit bukan tuan punye badan 
tapi hanya orang yang menulis berdasarkan fakta yang ditabur 
oleh orang orang tertentu 

orang kata , 

kalau salah tafsir kan jadi salah faham 
ada yang terus memandang serong 
apa yang dibaca jangan ditelan hidup hidup
renung kan dulu

orang kata , 

jangan jadi lembu dicucuk hidung 


orang kata ,

manusia ni makhluk paling bijak 
kalau bijak 
masakan dunia ni makin lame makin huru hara 

semua orang hendak dibunuh 
semua orang hendak difitnah 


tapi biasalah , semua itu hanya 

orang kata.....

No comments:

Post a Comment

sila besarkan mata bila mahu menaip komen anda & terima kasih ^^